Powered By Blogger

Saturday, June 22, 2019

Syukur 23/6

Alhamdulillah syukur dapat bangun awal untuk masuk kelas puan husna pukul 2-4pg
Alhamdulillah syukur dapat Mandi garam pagi tadi
Alhamdulillah syukur dapat buat oncall methadone dengan lancar
Alhamdulillah syukur dapat ke kenduri akikah kak sal Dan dapat ke rumah sepupu di segamat
Alhamdulillah syukur dapat luangkan Masa dengan anak2 Dan suami, dgn family mil harini
Alhamdulillah syukur dapat solat awal waktu harini
Alhamdulillah syukur dapat baca AlQuran setiap Kali lps solat
Alhamdulillah syukur dikurniakan anak2 Dan suami yang soleh
Alhamdulillah syukur dapat makan yang sedap2 harini
Alhamdulillah syukur diberi nikmat Iman Dan Islam Dan juga dapat tambah ilmu tentang AlQuran harini

Alhamdulillah ya Allah kau bg aku cukup malah terlebih cukup. Alhamdulillah. 🌷🌷

Wednesday, June 12, 2019

Syukur 3 13/6/2019

Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg solat 5 waktu
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg penyayang
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg sihat tubuh badan
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg rajin membantu kerja rumah
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg sgt supportive
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka masak
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka buang sampah
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka makan
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka hiburkan hati isteri Dan anak2
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg menjadi penyejuk mata ku.

Syukur ya Allah. Kau beri cukup malah lebih lagi ya Allah. 🌷🌷

Friday, April 19, 2019

Syukur 2 20/4/2019

Terima kasih Allah

1. Syukur terima kasih Allah dapat bangun awal, qiamullail solat taubat and tahajud pagi ni.
2. Syukur diberi peluang bernafas utk hidup Hari ni
3. Syukur diberi nikmat Iman Dan Islam. Semoga aku ditetapkan iman sampai mati.
4. Syukur dapat solat berjemaah Subuh dengan suami.
5. Syukur dapat bersarapan, makan yang baik2 Dan sihat pagi ni
6. Syukur ya Allah dikurniakan anak yg cerdik sihat walafiat
7. Syukur ya Allah dikurniakan seorang suami yg penyayang Dan juga suka membantuku.
8. Syukur dapat masak untuk suami Dan anak2 makan Hari ni.
9. Syukur ya Allah dapat membaca AlQuran hari ni
10. Syukur ya Allah diberi kekuatan untuk menjaga anak2 hr ni.

Ya Allah,aku bersyukur pada Mu. Aku sentiasa diberi lebih Dan sentiasa cukup.

Alhamdulillah 🌷🌷

Monday, April 15, 2019

Syukur 1

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

1) syukur ya Allah, aku masih diberi nafas utk Hari ni.

2) syukur ya Allah, aku masih diberi peluang memeluk suami Dan anak2 Hari ni.

3) syukur ya Allah, aku masih diberi peluang bawa kereta hantar anak2 ke pengasuh

4) syukur ya Allah, aku masih boleh berkerja dengan sihat Dan tolong memberi ubat kepada pesakit di farmasi

5) syukur ya Allah, aku masih mempunyai staff Dan kawan2 yang baik Dan supportive

6) syukur ya Allah, aku masih diberi peluang untuk membaca AlQuran pada pg ini

7) syukur ya Allah, diberi kudrat untuk masak buat suami Dan anak2

8) syukur ya Allah, diberi kekuatan untuk mengurus team Sambal Meroyan dan uruskan order customer Hari ini.

9) syukur ya Allah, Hari ini dapat bagi kucing makan depan rumah

10) syukur ya Allah, Hari ni dapat Pam susu untuk Ahmad dengan cukup.

Alhamdulillah. ❤️❤️

Semoga aku mampu bersyukur dengan lebih banyak lagi.

Wednesday, March 27, 2019

Maafkan ibu Insyirah

Hari ni Tak sengaja ibu tertolak Insyirah sampai tersembam mukanya ke lantai.

Ibu sangat Tak larat.. sebab ibu puasa..

Bila Insyirah buat adik, then ayah terdengar dari luar rumah, ayah dah mcm org gila ambik rotan nak pukul Insyirah..

Ibu minta maaf Insyirah, Ibu pun sama Naik dengan ayah. Ibu pegang tgn Insyirah kuat tadi. Mata ibu ni, ibu rasa mcm keluar api. Ibu Tak lah mrh sgt, cuma ibu geram sebab insyirah tolak adik sampai jatuh dr sofa. Maka, ibu nak bg pengajaran pd Insyirah.

Telahan ibu salah. Ibu hanya menyakitkan anak ibu. Insyirah menolak tgn ibu, tapi ibu pun tolak Insyirah.

Apa la daya si kecil umur 4 tahun.. tenaga ibu kuat. Ibu tertolak Insyirah sampai terjatuh.

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim..

Aku bersalah. Dan aku bertaubat ya Allah.

Sesungguhnya aku memang Tak sengaja tertolak anakku.

Ampunkan aku. 😭

Saturday, March 9, 2019

Assalamualaikum. ❤️

Salam. Morning.

10/3/2019

After 8 years blog ni berhabuk.

Fuhh fuhh.. shohh shohh habuk.

In 8 years. So many things happened to me.

Kerja. Life. Wow. Many wonderful things. ❤️❤️

Alhamdulillah ala kulli Hal.

Syukur itu perlu.

Tuesday, May 24, 2011

cerita konvo.

assalamualaikum.=)

hai, ini hari aku terasa nak memeriahkan blog.cerita yg dah lama basi mula aku nak muntahkan.
aku hanya nak berkongsi pengalaman aku bermain gamelan semasa Istiadat Konvokesyen ke74 di UiTM Shah Alam. aku dh join benda ni dh 3 kali termasuk sem nie. dari 0 tentang gamelan sehingga la aku mampu bermain semua alat walaupun tak pandai sangat, tapi basic tetap tahu. kan. tu yang penting, erm.. ok.

Istiadat Konvokesyen kali ini sekejap sahaja, bermula 12 may- 20may. dan kami sempat bercuti selama 2 hari. bermain gamelan bukan la mudah. tapi tak susah. hah? macamana tu? tak da la susah sangat. bukan seperti alat muzik yang lain.kena tau chord2 nya, gamelan pon ada ritma tersendiri dan keunikannya. haha. aku terlebih sudah cerita ttg gamelan. bukan ini tujuan utama aku tulis entry ini

ok, return to the basic point, Istiadat Konvokesyen. meriah. sarat dengan protokol. Tapi, bagi aku yang telah biasa dengan konvo setiap sem, biasa la tu.. semua nya mahukan kesempurnaan. kami pemain-pemain upahan ini perlulah menjaga tatasusila sepanjang berlangsungnya istiadat konvokesyen. kalau anda nak tahu, konvo uitm lah paling lama. sebab uitm paling ramai graduan di Malaysia nie. ((ok, tepuk tgn))

kalau orang tnya aku, apa yang menyebabkan aku suka sangat join main gamelan untuk konvo?

1) aku suka gamelan la bodoh! ahahah- xbaik kata org bodoh..cakap pandai! - ok,aku saja melawak. minta maaf la ya. aku memang kasar sikit. kalau aku ayu, itu pelik, lainla nama aku ayu. =P

2) gamelan itu release tension la! tapi main untuk konvo ko akan tension~haha.. main tanpa henti dan ko akan terasa urat-urat bahu kau sengal2 alam sikit.

3) aku suka suasana konvo- kawan2 aku suka copet makanan untuk parents. kuih2 untuk parents memang sedap2 belakeee... itu sebab aku suka. lagi satu, tgk budak2 lain pakai jubah graduasi, terasa semangat nak habiskan study pakai baju macam mereka jugak!

4)aku suka kawan2 aku!- bila main untuk konvo, bermakna kami yang lama-lama akan gathering balik. so, dpt berjumpa dgn kawan-kawan dri course lain yg dah lama tak berjumpa. tambahan pula, aku boleh menjalin silaturrahim dengan budak-budak yang baru join gamelan konvo. itu memang sgt best, erti persahabatan itu lebih bermakna bagi kami. kami buat segalanya bersama kemana sahaja bersama-sama. kami seperti 1 keluarga. kadang-kadang aku rasa dengan keluarga pon aku tak lah rapat macam ni.

ok, aku nak paparkan sikit la ahli2 keluarga gamelan konvo yg ke74 kali ini. kebanyakannya perempuan.. hehe..


hah ni la die.. sgt byk kaum hawa kan.. sebab tu org dok usha aje.. eceh..=P



ok, ni mereka tengah main~


setakat ini saja cerita basi saya.nak baca, xnak baca pon its ok. sayonara.=)