Powered By Blogger

Saturday, June 22, 2019

Syukur 23/6

Alhamdulillah syukur dapat bangun awal untuk masuk kelas puan husna pukul 2-4pg
Alhamdulillah syukur dapat Mandi garam pagi tadi
Alhamdulillah syukur dapat buat oncall methadone dengan lancar
Alhamdulillah syukur dapat ke kenduri akikah kak sal Dan dapat ke rumah sepupu di segamat
Alhamdulillah syukur dapat luangkan Masa dengan anak2 Dan suami, dgn family mil harini
Alhamdulillah syukur dapat solat awal waktu harini
Alhamdulillah syukur dapat baca AlQuran setiap Kali lps solat
Alhamdulillah syukur dikurniakan anak2 Dan suami yang soleh
Alhamdulillah syukur dapat makan yang sedap2 harini
Alhamdulillah syukur diberi nikmat Iman Dan Islam Dan juga dapat tambah ilmu tentang AlQuran harini

Alhamdulillah ya Allah kau bg aku cukup malah terlebih cukup. Alhamdulillah. 🌷🌷

Wednesday, June 12, 2019

Syukur 3 13/6/2019

Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg solat 5 waktu
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg penyayang
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg sihat tubuh badan
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg rajin membantu kerja rumah
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg sgt supportive
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka masak
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka buang sampah
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka makan
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg suka hiburkan hati isteri Dan anak2
Terima kasih ya Allah, kau kurniakan ku suami yg menjadi penyejuk mata ku.

Syukur ya Allah. Kau beri cukup malah lebih lagi ya Allah. 🌷🌷

Friday, April 19, 2019

Syukur 2 20/4/2019

Terima kasih Allah

1. Syukur terima kasih Allah dapat bangun awal, qiamullail solat taubat and tahajud pagi ni.
2. Syukur diberi peluang bernafas utk hidup Hari ni
3. Syukur diberi nikmat Iman Dan Islam. Semoga aku ditetapkan iman sampai mati.
4. Syukur dapat solat berjemaah Subuh dengan suami.
5. Syukur dapat bersarapan, makan yang baik2 Dan sihat pagi ni
6. Syukur ya Allah dikurniakan anak yg cerdik sihat walafiat
7. Syukur ya Allah dikurniakan seorang suami yg penyayang Dan juga suka membantuku.
8. Syukur dapat masak untuk suami Dan anak2 makan Hari ni.
9. Syukur ya Allah dapat membaca AlQuran hari ni
10. Syukur ya Allah diberi kekuatan untuk menjaga anak2 hr ni.

Ya Allah,aku bersyukur pada Mu. Aku sentiasa diberi lebih Dan sentiasa cukup.

Alhamdulillah 🌷🌷

Monday, April 15, 2019

Syukur 1

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

1) syukur ya Allah, aku masih diberi nafas utk Hari ni.

2) syukur ya Allah, aku masih diberi peluang memeluk suami Dan anak2 Hari ni.

3) syukur ya Allah, aku masih diberi peluang bawa kereta hantar anak2 ke pengasuh

4) syukur ya Allah, aku masih boleh berkerja dengan sihat Dan tolong memberi ubat kepada pesakit di farmasi

5) syukur ya Allah, aku masih mempunyai staff Dan kawan2 yang baik Dan supportive

6) syukur ya Allah, aku masih diberi peluang untuk membaca AlQuran pada pg ini

7) syukur ya Allah, diberi kudrat untuk masak buat suami Dan anak2

8) syukur ya Allah, diberi kekuatan untuk mengurus team Sambal Meroyan dan uruskan order customer Hari ini.

9) syukur ya Allah, Hari ini dapat bagi kucing makan depan rumah

10) syukur ya Allah, Hari ni dapat Pam susu untuk Ahmad dengan cukup.

Alhamdulillah. ❤️❤️

Semoga aku mampu bersyukur dengan lebih banyak lagi.

Wednesday, March 27, 2019

Maafkan ibu Insyirah

Hari ni Tak sengaja ibu tertolak Insyirah sampai tersembam mukanya ke lantai.

Ibu sangat Tak larat.. sebab ibu puasa..

Bila Insyirah buat adik, then ayah terdengar dari luar rumah, ayah dah mcm org gila ambik rotan nak pukul Insyirah..

Ibu minta maaf Insyirah, Ibu pun sama Naik dengan ayah. Ibu pegang tgn Insyirah kuat tadi. Mata ibu ni, ibu rasa mcm keluar api. Ibu Tak lah mrh sgt, cuma ibu geram sebab insyirah tolak adik sampai jatuh dr sofa. Maka, ibu nak bg pengajaran pd Insyirah.

Telahan ibu salah. Ibu hanya menyakitkan anak ibu. Insyirah menolak tgn ibu, tapi ibu pun tolak Insyirah.

Apa la daya si kecil umur 4 tahun.. tenaga ibu kuat. Ibu tertolak Insyirah sampai terjatuh.

Ya Allah, ya Rahman ya Rahim..

Aku bersalah. Dan aku bertaubat ya Allah.

Sesungguhnya aku memang Tak sengaja tertolak anakku.

Ampunkan aku. 😭

Saturday, March 9, 2019

Assalamualaikum. ❤️

Salam. Morning.

10/3/2019

After 8 years blog ni berhabuk.

Fuhh fuhh.. shohh shohh habuk.

In 8 years. So many things happened to me.

Kerja. Life. Wow. Many wonderful things. ❤️❤️

Alhamdulillah ala kulli Hal.

Syukur itu perlu.

Tuesday, May 24, 2011

cerita konvo.

assalamualaikum.=)

hai, ini hari aku terasa nak memeriahkan blog.cerita yg dah lama basi mula aku nak muntahkan.
aku hanya nak berkongsi pengalaman aku bermain gamelan semasa Istiadat Konvokesyen ke74 di UiTM Shah Alam. aku dh join benda ni dh 3 kali termasuk sem nie. dari 0 tentang gamelan sehingga la aku mampu bermain semua alat walaupun tak pandai sangat, tapi basic tetap tahu. kan. tu yang penting, erm.. ok.

Istiadat Konvokesyen kali ini sekejap sahaja, bermula 12 may- 20may. dan kami sempat bercuti selama 2 hari. bermain gamelan bukan la mudah. tapi tak susah. hah? macamana tu? tak da la susah sangat. bukan seperti alat muzik yang lain.kena tau chord2 nya, gamelan pon ada ritma tersendiri dan keunikannya. haha. aku terlebih sudah cerita ttg gamelan. bukan ini tujuan utama aku tulis entry ini

ok, return to the basic point, Istiadat Konvokesyen. meriah. sarat dengan protokol. Tapi, bagi aku yang telah biasa dengan konvo setiap sem, biasa la tu.. semua nya mahukan kesempurnaan. kami pemain-pemain upahan ini perlulah menjaga tatasusila sepanjang berlangsungnya istiadat konvokesyen. kalau anda nak tahu, konvo uitm lah paling lama. sebab uitm paling ramai graduan di Malaysia nie. ((ok, tepuk tgn))

kalau orang tnya aku, apa yang menyebabkan aku suka sangat join main gamelan untuk konvo?

1) aku suka gamelan la bodoh! ahahah- xbaik kata org bodoh..cakap pandai! - ok,aku saja melawak. minta maaf la ya. aku memang kasar sikit. kalau aku ayu, itu pelik, lainla nama aku ayu. =P

2) gamelan itu release tension la! tapi main untuk konvo ko akan tension~haha.. main tanpa henti dan ko akan terasa urat-urat bahu kau sengal2 alam sikit.

3) aku suka suasana konvo- kawan2 aku suka copet makanan untuk parents. kuih2 untuk parents memang sedap2 belakeee... itu sebab aku suka. lagi satu, tgk budak2 lain pakai jubah graduasi, terasa semangat nak habiskan study pakai baju macam mereka jugak!

4)aku suka kawan2 aku!- bila main untuk konvo, bermakna kami yang lama-lama akan gathering balik. so, dpt berjumpa dgn kawan-kawan dri course lain yg dah lama tak berjumpa. tambahan pula, aku boleh menjalin silaturrahim dengan budak-budak yang baru join gamelan konvo. itu memang sgt best, erti persahabatan itu lebih bermakna bagi kami. kami buat segalanya bersama kemana sahaja bersama-sama. kami seperti 1 keluarga. kadang-kadang aku rasa dengan keluarga pon aku tak lah rapat macam ni.

ok, aku nak paparkan sikit la ahli2 keluarga gamelan konvo yg ke74 kali ini. kebanyakannya perempuan.. hehe..


hah ni la die.. sgt byk kaum hawa kan.. sebab tu org dok usha aje.. eceh..=P



ok, ni mereka tengah main~


setakat ini saja cerita basi saya.nak baca, xnak baca pon its ok. sayonara.=)



Thursday, May 19, 2011

lumrah kerja.penat

lumrah.
kerja tu penat.
penat bila buat kerja.
tapi,
dah kena kerja.
kena buat jgk walaupun
penat.
letih.
capek.
exhausted.


bila pulang,
buka kipas,
laju-laju
baring-baring
penat hilang.

esok.
rutin mula lagi
kena kerja lagi..
penat,
letih,
capek
exhausted.





Monday, May 9, 2011

salah cakap

salah cakap? tersalah cakap? cakap salah?? ape2 je lah.. nie bukan salah cakap menyakitkan hati org tuh.. tpi ni salah cakap yg mmg betol2 buat org ketawa sbb tersaah penggunaan bahasa yg betul... haha.. ok, jom tgk situasi nie..


situasi 1 :

aku ngn kak sal nak minum air.. --->

kak sal: alamak, momo.... kak sal terlupe amek straw...
aku yg dipanggil momo: alah, kat dapur ada straw lebih...
kak sal: yeker.. ingt dah xleh minum dah dgn straw..
momo(aku larr!) : haha ala,ko nie macam xde "astro" ko xboleh minum!

ape kesalahan aku---> sebut straw ngn astro!! haih..tula penangan stadi endocrine.. aik.. xpasal2 endocrine dapat nama. ape kes la sampai leh tersasul2 tersasau sampai gitu nyer... haha..memang bebudak umah aku pakat gelakkan aku je...

memang aku ni boleh tubuhkan persatuan slah cakap la!

KESIMPULAN: otak aku masih waras ketika bercakap.. haha


Saturday, May 7, 2011

selamat hari ibu!

ini mak saye~

mak,
adik nak wish
SELAMAT HARI IBU!

MAK, adik sayang sgt dgn mak.. adik nak wish selamat hari ibu.. ikhlas dr lubuk hati terpendam..

Korang, kalo korang xwish lagi selamat hari ibu, wish la kat ibu korang.. walaupun sebenarnya hari ibu tu kita kena celebrate tiap2 hari, cuz, setiap hari (pendapat saya la, xtau macamna org lain) is HARI IBU.. betol x? dalam Islam sendiri dianjurkan untuk anak2 berbuat baik n berbakti kepada ibu bapa kita setiap hari.. dan bukan la berbakti hny pada hari2 tertentu sahaja.. tak adil la macam tu...

Saya sendiri sbagai anak tidak terbalas jasa2 mak yg telah mengandung, melahirkan, menyusukan n membesarkan saya.. besar sungguh jasa ibu kepada kita,kan.. dan saya berharap saya dpt berbakti kepada mak saya walaupun sebentar.. hnya mak lah yg saya masih ada..sy amat menginginkan mak saya melihat sy berjaya menjadi pharmacist dulu... melihat sy brjaya membina impian yg selama ini di angan2kan.. insya allah.. urusan saya untuk membahagiakn mak akan dimakbulkan allah.. ameen.. =)



Saturday, April 2, 2011

setelah sekian lama

salam.. rakan2 blogger..=) smoga sentiasa dlm rahmat Allah SWT... sudah agk lama sy xupdate blog nie..nak kata bizi xde la bizi sgt..byk dah benda yg terbuat dlm hidup ni.. sejak masuk thun 2011 sy xpernah langsung update blog nie... hehe.. kira nie kmunculan pertama saya sejak new year aritu! cewahh! macam artis plak buat come back!! <<---merepek ape nie weyh!

saya masih seperti biasa, menjalani asam garam kehidupan sebagai seorg student Bsc Pharmacy, sbgai seorang hamba Allah dan sbagai seorg anak kepada org tua ku, Jamilah Emok yg sgt sy rindui skrg..!! <<---oh mommy,ur daughter is missing u damn much rite now..

dear my lovely blog,
saya xpunya masa yg banyak untuk menaip, ttp ape yg terlintas dr lubuk hti sy, sy akan nukilkan di sini, tidak mengapa jika tidak menjadi bhan tatapan org lain cukup sekadar meluahkan apa yg terbuku di kalbuku..

dear blog,
saya mengharapkan diri saya punya kekuatan utk mengharungi semester 4 nie... sepertimana 3 semester yg lain, sy berjaya mengharungi nya.. final exam bakal menjengah kehidupan kita lagi..dan sbgai student sy merasakan diri ini belom lagi bersedia untuk menghadapinya..
Ya Allah, aku memohon dri mu, agar diberi segala semngat dan juga kekuatan untuk aku menghadapi final exam yg bakal mendatang.. ameen..

ok lah, takat nie je sy nak bebel.. hehe... bile2 ade masa bersua kembali yer.. iAllah

Tuesday, December 21, 2010

MiStaKe



klip video SNSD-mistake.. siap de bhasa hangul n sub english nye lagi.. lagu nye boleh dilayan la.. hehe...

manusia

manusia
itu lupa
sentiasa lupa,
hakiki nya, realitinya

manusia
itu penggoda
tergoda
mudah digoda
nafsu tidak pernah puas

manusia itu khalifah
kenapa manusia alpa
tugas diberi dipersia
amanah diberi tidak dijaga

kenapa
wahai manusia
ingin mengejar duniawi
ukhrawi terbentang
dijanjikan
lebih mulia..

ingat manusia
janji allah tidak pernah lupa
manusia
berbaktilah
pada bumi,pada tanah
ingat lah kita tidak punya masa

Monday, December 20, 2010

aku xkesah

ok kawan~ arini xde entry menarik juz nak merepek sikit.. aku xde idea nk tulis ape.. walaupon xde idea,aku cuba untuk memerah otak aku untuk menulis sesuatu di dalam diari alam maya aku nie.. actually aku nie xpandai mengarang apatah lagi menyusun ayat supaya sedap dibaca..kui3.. tapi disebabkan aku teringin untuk mempunyai sebuah blog seperti yang telah disarankan oleh anak saudaraku, aku pon buat la blog nie.. aku xkesah blog aku ni mendapat trafik yg tinggi atau tak. aku xkesah.. aku pon jarang buat blogwalking atau pon bace2 blog org.. jarang la aku buat follow up stiap blog yg aku penah follow.. aku tgk kt page org lain de iklan nuffnang then aku pon nak letak jugak... hehe..mendatangkan jugak hasil,adela sikit kat akaun nuff aku tu..kui3.. berhabok la blog ni aku tgglkan.. bile aku rase nak bukak,n nk update blog nie..baru aku buat.. nak kate aku rajin sharing pon tak...memang aku jenis yg malas.. bila aku ade komitmen yg lebih kepada sesuatu perkara tu,aku akan buat sungguh2 sampaila aku terlupe komitmen aku untuk meng'update' blog aku nie.. tpi xpe..aku xkesah... kih3.. mungkin aku nie jenis yg memendam n tak pandai meluahkan.. org selalu meluahkan segala masalah mereka kepada aku,tp aku jarang n xpernah meluahkan masalah aku kepada org lain unless org yg betol2 boleh dipercayai.. n sebab tu jugak aku jarang update blog sebb aku suka simpan kenangan2 itu hanya di dalam hatiku... dgn cara mcm nie lagi selamat kan...tak kan ade org yg terasa ngn kite.. dan takkan ade yg pernah disakiti oleh kita..betol x?? urm.. bagai menarik rambut dlm tepung,rmbut yg ditarik xputus,tepung xberserak kan....

aku rase dh terlalu byk aku merepek dlm entry ni tanpa ade arah tujuan nye.. hehe..sori kawan,kalau membuang mase korg membace entry yg xde pucuk pangkal nya ni.. =)
watever it is...hidup ini mesti diteruskan ngn penuh senyuman dan kebahagiaan~ peace!!

Thursday, December 16, 2010

hadiah dr ibu

hye! hola! ape kabar sumer.. =) erm.. dh 16hb 12 pon kan.. cepat nye mase berlalu... dh nak masuk thun bru pon.. n aku pon nak melangkah masuk ke sem yg baru... sume nye baru la...boleh dikate kan macm tu la.. =) erm.. td pg aku berjalan2 melihat pemandangan yg indah kt kg mase otw ke parit buntar.. hehe... actually nk pegi p.buntar ni ade nak beli "brg" ckit..hehe..mak nak belikan hadiah hari lahir untuk aku... ehehe....syg mak! muah3..

erm.. sesampai je kt p.buntar trus mak bawak aku ke kedai emas...huu..mak dh janji nk belikan cincin untuk aku... em..plih punye pilih... dpt la 1 yg betol2 berkenan di hati.. cntik corak love ade chrome lagi.. hurm..mak.tq sgt2 mak atas hadiah hari jadi ni...adik syg sgt kt mak.. ampunkan adik mak..byk sgt slh adik bt kt mak.. love u mom~ =)

Saturday, December 11, 2010

result

alhamdulillah~ aku dah tgk result aku... dan aku berjaya capai impian aku.... lega sgt2 bile dpt taw lulus sumer n pointer pon agak ok sem ni.. xteruk sgt mcm sem lepas.. harap2 sem depan aku dpt berusaha dgn lebih n dapat meraih pointer yg ok... amiinnn

Sunday, November 7, 2010

long time no see!

salam bloggers yg disayagi dan sentiasa dirahmati Allah swt.. =) semoga anda semua sihat di bawah naungan kasih syang dan rahmat allah,tuhan yg esa.. Insya allah...

1st of all, saya nak mintak maaf.. dah lama xupdate blog nie.. bukan xbukak... tp slma ni tgk2 blog org jer.. malas nye ya allah nk update.. ini pon sbb final exam ni.. kalo x ade jugak idea sy nak update blog.. alhamdulillah.. sy dh lepas 5 paper... erm... ade lagi 3 paper yg perlu sy harungi dan sy berharap sy dpt mengharungi ketiga2 pper yg lain tu dgn penuh rasa semangat nk amik exam lagi... kih3...
sy rase exam kali ni macam boleh jawab.. tp de jugak 1,2 paper yg rase mcm nak terkantoi... tp sy mohon sgt sy xkena repeat.. uhuuh.... xmau repeat paper.. =( mintak lulus pon jadik la.... ameen...

kawan2... sumer tolong doakan sy.. supaya sy boleh buat paper yg tggl lagi 3 ni... n tlg doakan sy dpt result yg elok nnt... n dpt sume flying colors!

Tuesday, October 26, 2010

final exam~

aku baru habeh 2 paper.. mgt ngn citu.. bestnye... huhu...wpon sebenarnye xdelah boleh jwb sgt pown.. aku goreng je paper aku tdi.. goreng sampai hangit... soalan memang susah la.. xpela yg pntig aku dah pon berusaha.. so skrg ade 6 paper lagi yg perlu di study.. otak pon dah rase penat sgt nie.. bru 2 paper nie.. final sem nie 8 paper.. ya allah.. aku mohon kkuatan mu ya allah~ aku sgt2 berharap yang aku dapat buat exam kali ni ngn terbaik... huhu....

Sunday, October 17, 2010

playful kis..

skrg tgh download citer playful kiss yg tgh hooottt skrg niehh!!
fighting!